Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Minyak Mentah Semakin Berkurang, Harga Minyak Kekal Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Minyak Mentah Semakin Berkurang, Harga Minyak Kekal Rendah

Pasaran minyak kekal rendah untuk dua hari berturut-turut berikutan para pelabur semakin bimbang jika permintaan minyak mentah US akan terus jatuh selepas banjir besar daripada taufan Harvey menimpa Texas sehingga menyebabkan penutupan lebih 16% kapasiti penapisan minyak di US.

Di pasaran New York Mercantile Exchange, kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober jatuh 13 sen kepada $46.31, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange pula jatuh 5 sen kepada $51.60 setakat jam 2.55 petang

Pasaran minyak mentah bermula buruk pada minggu ini berikutan ribut Harvey yang menimpa kawasan perairan Texas, telah merosakkan sebahagian kilang penapisan di kawasan-kawasan utama industri minyak Amerika sekaligus mengurangkan kadar penapisan minyak di sana.

Hampir 3 juta tong sehari kapisiti penapisan minyak terpaksa ditutup, dan dijangka akan terus meningkat, menyebabkan para pelabur bimbang akan lebihan bekalan minyak mentah yang menjadi sumber utama penapisan.

Pengeluaran minyak mentah US turut terkesan dengan Harvey, namun begitu penganalisis berpendapat impak daripada permintaan kilang penapis minyak yang semakin rendah menjadi punca kelemahan pengeluaran minyak di sana.

“Sementara pengeluaran minyak mentah dihalang oleh ribut, penutupan kilang penapisan telah mengurangkan permintaan terhadap komiditi ini”, kata Nitesh Shah, direktor strategi komiditi di ETF Sekuriti.

Namun begitu, pasaran hadapan (futures) minyak cuba menolak semula harga untuk naik di pasaran New York semalam selepas data daripada American Petroleum Institute (API) menunjukkan bekalan minyak jatuh 5.78 juta tong pada minggu lepas, lebih banyak berbanding minggu sebelumnya, 3.3 juta tong dan juga lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 1.9 juta tong.

Data bekalan rasmi daripada  Energy Information Administration (EIA) malam ini menjadi tumpuan dengan jangkaan penyusutan bekalan minyak mentah sebanyak 1.8 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 25 Ogos yang lalu.

The post Permintaan Minyak Mentah Semakin Berkurang, Harga Minyak Kekal Rendah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wI66gN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.