Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pindaan POCA Lebih Efektif Banteras Jenayah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pindaan POCA Lebih Efektif Banteras Jenayah


PUTRAJAYA - Akta Pencegahan Jenayah (Poca) telah ditambah baik melalui beberapa pindaan supaya lebih efektif membanteras jenayah terutama jenayah terancang dan jenayah sindiket yang menggunakan kekerasan dan keganasan serta bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Poca dikuatkuasakan sejak 1959 untuk pencegahan jenayah di Semenanjung Malaysia terutama bagi mengawal penjenayah, anggota kongsi gelap dan individu yang mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata Poca (Pindaan dan Pemerluasaan) 2014 yang diberi "nafas baharu" kepada Poca 1959 adalah lebih efektif dari segi keberkesanan dalam mencegah jenayah kekerasan dan dapat mengimbangi hak asasi manusia seiring dengan keselamatan dan keamanan negara.

"Kita mempunyai obligasi untuk memastikan pindaan-pindaan terhadap Poca 1959 lebih mantap, lebih baik," katanya ketika mengimbau mengenai perjalanan penggubalan Poca ketika melancarkan buku "Poca:Nafas Baharu Banteras Jenayah" karya beliau di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia mencapai tahap keselamatan yang terkawal sejak penguatkuasaan Poca (Pindaan dan Pemerluasaan) dari 2014 hingga hari ini, dengan kadar jenayah dilaporkan turun sebanyak 47 peratus. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fH1TmI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.