Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis akan panggil Tun Mahathir atas dakwaan cuba jatuhkan PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis akan panggil Tun Mahathir atas dakwaan cuba jatuhkan PM Najib

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil berhubung isu dakwaan perbincangan bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Image result for Dakwaan jatuhkan PM Najib, polis akan panggil Dr Mahathir

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya juga sudah menerima laporan daripada kedua-dua pihak selain siasatan akan dibuat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 500.

Jelasnya, laporan perbincangan bekas perdana menteri Dr Mahathir bersama timbalan perdana menteri itu juga akan diserahkan kepada pendakwaraya untuk prosedur seterusnya.

“Semua laporan yang diterima akan diambil tindakan oleh pihak polis. Kami telah meneliti laporan polis kedua-dua belah pihak dan dua kertas siasatan juga sudah dibuka.

“Jangan bimbang, kami akan meneliti semua laporan dengan terperinci dan akan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Hijau PDRM 2017, di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Ahmad Zahid menafikan beliau terlibat dengan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Jelasnya, beliau mempunyai cukup bukti dalam bentuk rakaman bahawa Tun Dr Mahathir yang mencadangkan agar Datuk Seri Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid telah bertemu dengannya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri.

Kenyataan Dr Mahathir itu dibuat selepas Datuk Seri Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan berhubung keturunan bekas perdana menteri itu yang didakwa berdarah campuran India pada mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya baru-baru ini.

 

Sumber: Astro Awani



Sumber Polis akan panggil Tun Mahathir atas dakwaan cuba jatuhkan PM Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v81bml

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.