Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis, Askar 'Berperang' Dengan Monyet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis, Askar 'Berperang' Dengan Monyet


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menghantar polis dan askar untuk membantu melindungi penduduk di Jawa Tengah daripada serangan monyet yang sudah menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera.

Monyet berekor panjang dilaporkan semakin berani mencuri makanan dan berkeliaran serta berkonfrontasi dengan penduduk kampung di daerah Boyolali, utara Solo.

“Monyet mula datang ke sini dua bulan lalu. Selepas kami menembak seekor haiwan itu kumpulan monyet berkenaan tidak berani datang semula.

“Bagaimanapun, kini monyet itu datang semula dan ia semakin berani,” kata ketua polis Boyolali, Aries Andhi.

Katanya, satu pasukan khas ditubuhkan untuk meronda di kawasan itu dan menembak monyet berkenaan jika perlu dan perangkap juga digunakan untuk menangkap haiwan itu.

“Selagi monyet ini tidak mengganggu penduduk kampung, kami tidak akan menembak haiwan itu,” jelasnya.

Katanya, kebanyakan penduduk yang diserang monyet adalah warga emas yang tinggal berseorangan di pondok usang.

“Mereka tidak mempunyai jiran dan apabila serangan berlaku, sukar untuk mangsa mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, antara 11 mangsa serangan monyet itu ialah seorang pelajar sekolah rendah yang terpaksa dirawat di hospital akibat cedera.

Sementara itu, aktivis perlindungan haiwan berkata, kemusnahan hutan yang menjadi habitat monyet menghimpit haiwan itu dalam konflik dengan manusia tetapi tindakan membunuh haiwan itu tidak boleh diterima.

“Punca monyet ini menceroboh rumah dan kebun kerana haiwan itu memerlukan makanan. Hutan yang menjadi habitat monyet kini musnah untuk pembangunan,” kata penyelaras Penyelamat Haiwan Antarabangsa Indonesia, Robithotul Huda.-Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6qTJp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.