PPM Wilayah Lima Sarawak Rampas 30 Batang Kayu Balak
BINTULU - Sebanyak 30 batang kayu balak pelbagai saiz berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam Op Landai di Jalan Samarakab di sini pagi semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, operasi pukul 10.45 pagi itu dijalankan lima pegawai dan anggota Unit Rondaan Marin (URM) dalam usaha membanteras kegiatan pembalakan haram.
"Pasukan URM menemui 30 batang kayu balak pelbagai saiz dianggarkan bernilai RM6,500 yang sudah ditebang dan dipotong.
"Hasil pemeriksaan la jut mendapati, kesemua kayu itu tidak mempunyai sebarang cop sah daripada Jabatan Hutan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Mengulas lanjut, pihaknya percaya, kesemua kayu balak itu diperoleh secara haram.
Katanya, tiada sebarang penahanan suspek dibuat berikutan pekerja-pekerja tidak kelihatan semasa operasi.
"Laporan polis dibuat dan kes diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Daerah Bintulu bagi siasatan lanjut," jelasnya. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGa7RL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment