Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat Eratkan Semangat Kekitaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat Eratkan Semangat Kekitaan

Penduduk Kampung Sungai Tengar Utara dan Sungai Air Tawar di Sabak Bernam amat bertuah apabila Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah melaksanakan program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat.

Pada program julung kali Jumaat lalu, bermula dari 7. 30 pagi, puluhan nasi lemak bungkus yang diletak di hadapan masjid itu habis dalam tempoh singkat .

Menurut Mohd Hafizuddin Md Sahar, 32, AJK masjid tersebut berkata, program itu bertujuan membantu masyarakat setempat terutama yang tidak sempat bersarapan atas tuntutan kerja, selain membolehkan individu kurang berkemampuan untuk berserapan. Tambahnya lagi,

“Melalui program seumpama ini, ia mengukuhkan lagi silaturahim antara AJK masjid dengan penduduk setempat, sekali gus menggalakkan tuntutan solat berjemaah.

“Masjid ini dipilih sebagai lokasi mengagihkan nasi lemak kerana ia berada di laluan utama penduduk,” katanya.

Menurut Mohd Hafizuddin, Jawatankuasa Masjid turut mengalu-alukan penduduk yang mahu terlibat bersama program ini dengan menyumbang dana bagi memastikan program ini dapat diteruskan untuk jangka masa yang panjang.

“Jumaat dipilih kerana ramai penduduk melalui laluan berkenaan, selain hari mulia bagi umat Islam,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vk3QHK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.