Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pusat Permata Kurnia Akan Dibuka Di Sarawak, Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pusat Permata Kurnia Akan Dibuka Di Sarawak, Sabah



MIRI – Kerajaan bercadang untuk membuka Pusat Permata Kurnia di Sarawak dan Sabah bagi membantu pendidikan awal kanak-kanak autisme di kedua-dua negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata, cadangan tersebut sudah dikemukakan dan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Program Permata.

“Namun sebelum diperluaskan ke Sarawak dan Sabah, Pusat Permata Kurnia Jalan Sentul, Kuala Lumpur yang telah dibuka setahun lepas perlu dimantapkan lagi supaya dapat menjadi model untuk pusat sama di kedua-dua negeri itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Seminar Autisme anjuran Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) yang turut dihadiri isteri Ketua Menteri yang juga Pengerusi Sabati Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang.

Beliau berkata, Pusat Permata Kurnia di Jalan Sentul kini mempunyai 250 murid dengan sesi pembelajaran diadakan setiap hari termasuk hujung minggu bagi memenuhi permintaan murid dari Kelantan dan Terengganu.

Rohani berkata pusat tersebut sedang mengkaji kesesuaian mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian untuk memudahkan ibu bapa agar tidak perlu ke kelas.

Sebagai rekod Pusat Permata Kurnia di Jalan Sentul yang pertama seumpamanya telah dilancar secara rasmi oleh perdana menteri pada 31 Mac 2016 di tapak seluas 1.04 hektar, dengan kos pembinaan RM28 juta untuk menempatkan sehingga 300 kanak-kanak autisme berumur empat hingga tujuh tahun.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan kini sedang mengkaji untuk meletakkan ciri-ciri baharu dalam kad Orang Kelainan Upaya (OKU) terutama sekali yang menghadapi masalah pembelajaran seperti autisme dan disleksia.

“Kita berharap dapat membuat pengumuman tak lama lagi kerana kad OKU sedia ada sudah mempunyai maklumat spesifik OKU seperti cacat penglihatan atau pekak namun untuk masalah pembelajaran hanya diletakkan maklumat secara umum tanpa menyatakan secara spesifik masalah dihadapi seperti autisme dan disleksia,” katanya.

Katanya, berdasarkan rekod sedia ada terdapat 433,952 OKU berdaftar di seluruh negara dengan 151,954 atau 35 peratus menghadapi masalah pembelajaran dan daripada jumlah itu 16,461 (3.7 peratus) adalah autisme.

“Di Sarawak sahaja 29,872 OKU didaftar dengan 10,842 (36.3 peratus) menghadapi masalah pembelajaran dan daripada jumlah tersebut 1,078 (3.6 peratus) menghadapi autisme,” katanya lagi. – BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5XFdD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.