Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ragu Terhadap Keupayaan OPEC, Pasaran Minyak Bergerak Dalam Julat Yang Kecil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ragu Terhadap Keupayaan OPEC, Pasaran Minyak Bergerak Dalam Julat Yang Kecil

Minyak mentah meningkat pada sesi Asia hari ini berikutan Presiden Trump membentang laporan strategi untuk mengekalkan tentera US di Afghanistan bagi menghalang perkembangan pengganas disamping menyokong kerajaan Kabul dan sekutunya seperti Pakistan.

Harga kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober di New York Mercantile Exchange meningkat 0.36% kepada $47.70 setong, manakla di kaunter Intercontinental Exchange London juga meningkat 0.17% kepada $51.83 setong setakat jam 1.00 petang.

Hari ini, American Petroleum Institute (API) akan melaporkan anggaran bekalan minyak mentah dan produk sulingan bagi minggu lepas, kemudian di ikuti dengan data rasmi daripada Jabatan Informasi Tenaga (EIA) pada malam esok. Laporan kebiasaannya berbeza.

Semalam, minyak tutup di paras yang rendah berikutan para pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan OPEC untuk mengatasi lebihan bekalan minyak dunia selepas pertemuan antara negara pengeluar masih membincangkan tentang peratus pematuhan syarat yang semakin rendah.

Pasaran minyak minggu ini bermula dengan kejatuhan yang mendadak walaupun OPEC bermesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk meningkatan peratusan pematuhan syarat pada had pengeluaran yang telah dijanjikan, selepas data bekalan bagi bulan Julai menunjukkan pematuhan syarat OPEC jatuh ke paras terendah tahun ini.

Pada Mei yang lalu, OPEC dan non-Opec seperti Rusia berjanji untuk memanjangkan tempoh potongan pengeluaran minyak selama 9 bulan sehingga Mac 2018, namun masih di paras pengeluaran yang sama 1.8 juta tong seperti yang dijanjikan November tahun lepas.

Selain itu, permintaan minyak di US yang dijangka susut berikutan musim panas hampir tamat manakala pelatantara minyak di sana semakin berkurangan, menunjukkan penggalian dikurangkan sebab harga yang semakin rendah.

Syarikat Baker Hughes melaporkan pelantar minyak di US turun 3 menjadikan jumlah baki penggalian minyak kepada 763 minggu lepas. Data kiraan galian mingguan amat penting kepada industri minyak dan juga sebagai tanda aras kepada pengeluaran dan permintaan terhadap pekhidmatan

 

The post Ragu Terhadap Keupayaan OPEC, Pasaran Minyak Bergerak Dalam Julat Yang Kecil appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g10TKe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.