Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rasa Sayang Yang Bawa Padah Kepada Seorang Isteri. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rasa Sayang Yang Bawa Padah Kepada Seorang Isteri.

VIRGINIA – Demi kasih sayang terhadap suaminya, seorang isteri, Andrea Crew, 31, sanggup menggugurkan tuduhan keganasan rumah tangga terhadap suaminya, Caleb, kerana tidak mahu menyaksikan lelaki itu masuk penjara.
Andrea Crew
Namun tindakan Andrea itu nyata membawa padah apabila lelaki itu mengkhianati kepercayaan isterinya dengan mencekik leher wanita itu hingga mati, hanya beberapa jam selepas mereka berdua keluar dari mahkamah.

Caleb yang juga bekas anggota tentera dan pernah berkhidmat di Afghanistan, didakwa di mahkamah selepas menuang minyak motor di atas kepala Andrea hingga memaksa wanita yang berasal dari Colombia itu membuat laporan polis

Mereka sebelum ini dilihat sebagai pasangan bahagia namun disebalik senyuman itu, Caleb sering mendera isterinya dan mereka juga kerap bergaduh kerana wang.

Selepas berdepan serangan menakutkan itu, Andrea bercadang membawa dua anaknya pulang ke negara asalnya, namun dia belum bersedia untuk bercerai.

Mengikut laporan polis, selepas keluar dari mahkamah bersama-sama, Andrea dan Caleb bergaduh sebelum lelaki itu mencekik Andrea dengan tangannya. Apabila mendapati isterinya masih bernyawa, dia menggunakan tali leher dan menjerut leher Andrea hingga wanita itu tidak bernafas lagi.

Dia turut mengucapkan `selamat tinggal’ ketika membuang mayat Andrea di dalam hutan sebelum mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

Pada malam itu, Caleb kembali ke hutan dan membawa mayat isterinya ke sebuah jambatan lalu membuangnya ke dalam sungai.

Keesokan harinya dia membuat laporan kehilangan Andrea. Namun beberapa hari selepas itu mayat Andrea ditemui nelayan. Caleb ditangkap dan akhirnya mengaku membunuh isterinya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uBFY76

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.