Hi! Welcome Back and Stay Tune! RCI Forex: Minta salinan dokumen saksi, Peguam Dr. Mahathir diarah duduk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RCI Forex: Minta salinan dokumen saksi, Peguam Dr. Mahathir diarah duduk

Panel RCI arah peguam Mahathir supaya duduk
Alyaa Azhar     -     Hari ini, 3:34 petang
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang asing dianggarkan kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) sekitar 1990-an hari ini menyaksikan peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamed Haniff Khathri Abdulla diarahkan supaya duduk.

Ini apabila beliau menegaskan, pasukan peguamnya perlu diberi salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI itu yang katanya boleh membuatkan pasukan peguamnya membantu suruhanjaya berkenaan.

"Bagaimana kami dapat membantu tanpa dokumen yang diperlukan? Saya tidak bermaksud untuk mengganggu pihak suruhanjaya," kata Haniff.

Selepas itu, seorang anggota panel suruhanjaya, iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said bertanya kepada Haniff bagaimana peguam itu dapat membantu jika mereka diberi salinan dokumen berkenaan.

Haniff kemudian menjelaskan bahawa, dokumen-dokumen itu penting bagi pasukan peguamnya untuk merangka soalan-soalan yang relevan terhadap para saksi.

"Kalau begitu, kamu tunggu apa yang saksi akan cakapkan. Duduklah, kami mahu teruskan (sesi pendengaran)," kata Kamaludin sambil meninggikan suaranya.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi pendengaran itu, Haniff berkata, dokumen itu diperlukan bagi memastikan bahawa pihak peguam tidak mencelah semasa prosiding.

"Setakat ini, suruhanjaya belum memutuskan sama ada kami mempunyai hak untuk dapatkan senarai saksi.

"Kenyataan saksi yang dibacakan tidak diberikan kepada kami. Kami sekarang dalam keadaan, kami mendengar tetapi kadangkala ia tidak dibaca dengan begitu jelas kerana mikrofon tidak berfungsi.

"Sukar untuk mendengar dan mengikuti prosiding, kami tidak ada bahan. Kami cuma berharap pihak suruhanjaya, apabila ini dteruskan, berikan kami dokumen," kata Haniff.

Haniff dan R Sivarasa yang mewakili ketua umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata mereka sedang berusaha untuk mendapatkan senarai saksi yang akan dipanggil oleh RCI.

RCI dibentuk untuk menyiasat kerugian Bank Negara dan implikasinya ke atas ekonomi negara ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ia juga akan menentukan sama ada pembabitan Bank Negara dalam aktiviti forex melanggar Ordinan Bank Pusat 1958 atau undang-undang lain berkaitan.

Suruhanjaya berkenaan akan menentukan sama ada wujud percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai isu berkenaan dan akan mengesyorkan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pengkritik melihat usaha itu sebagai tindak balas terhadap sikap Mahathir yang lantang mengkritik dan berusaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x76Qta

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.