Hi! Welcome Back and Stay Tune! RCI Siasat Memali Ditubuhkan Jika Ada Permohonan Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RCI Siasat Memali Ditubuhkan Jika Ada Permohonan Rasmi


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia meneliti keperluan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa hitam Memali pada 1985 sekiranya ada permintaan rasmi daripada mana-mana pihak termasuk yang pernah terlibat dalam tragedi itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bagaimanapun sehingga kini, belum ada individu atau pihak berkenaan yang membuat permohonan rasmi bagi penubuhan RCI untuk dipertimbangkan kerajaan.

“Ia terserah kepada kerajaan untuk menimbang sama ada setuju atau tidak tubuh RCI sebaik menerima memorandum dari pihak berkenaan.

“Kita akan tunggu (perkembangan lanjut),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Sektor Logistik dan Pos dan Perkhidmatan Teknologi Komunikasi Maklumat, Union Network International-Asia Pacific Regional Organisation (UNI-APRO) di sini, hari ini.

Banyak pihak termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang merupakan Menteri Dalam Negeri semasa peristiwa Memali pada 19 Nov 1985, telah memberi pandangan masing-masing berhubung keperluan menubuhkan RCI itu.

Anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil juga meminta supaya bapanya diberi ruang dan peluang untuk menjelaskan kepada umum berkaitan ucapan kontroversi Hadi pada 1983 yang dikenali sebagai ‘Amanat Hadi’ yang didakwa menjadi pencetus kepada peristiwa itu.

Merujuk kepada permintaan Muhammad Khalil itu, Salleh berkata isu yang berbangkit dalam hal ini hingga memerlukan RCI ditubuhkan adalah lebih kepada apa yang berlaku semasa kejadian di Memali dan bukannya bertumpu kepada ‘Amanat Hadi’.

Beliau berkata objektif utama sekarang adalah untuk mencari keadilan bagi semua yang terlibat dalam peristiwa itu.

“Secara prinsipnya, pada saya, keadilan itu boleh dilewatkan tapi tidak boleh dinafikan,” kata Salleh.

Peristiwa Memali itu, yang Kertas Putih mengenainya pernah dibentang kerajaan di Parlimen, menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wtZN0o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.