Respon SKMM Terhadap Iklan Jijik Dan Lucah
Keghairahan penjual produk kesihatan dan kecantikan membuat iklan bagi melariskan produk masing-masing sejak akhir-akhir ini dilihat agak melampau, malah ada yang memilih cara jijik sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
Salah satunya adalah ubat ‘kuat’ lelaki dan produk menambahkan keintiman suami isteri, yang mana ia kini rancak dijual kepada orang ramai secara dalam talian atau langsung kepada pelanggan.
Kemunculan produk-produk kesihatan sebegini yang ‘bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan’, sebenarnya tidak mempunyai masalah sekiranya ia telah diluluskan oleh pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun apa yang membuatkan ia menyakitkan mata adalah cara pengiklanan produk berkenaan.
Malaysian Digest dalam artikel sebelum ini melaporkan mengenai sebuah video yang tular di laman sosial Twitter, mempromosikan satu jenama ubat ‘kuat’ lelaki sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen kerana ia disifatkan terlalu lucah.
Amboi puas lah isteri dia lepasni 😂 http://pic.twitter.com/sgnAKGdsIK— NIEL FOR SHORT (@danielzamrii) July 19, 2017
Kandungan iklan tersebut dilihat keterlaluan kerana memaparkan unsur-unsur lucah apabila si isteri menunjukkan ‘pisang’ kecil, sebagai menggambarkan alat sulit suaminya.
Si suami kemudian menemui jalan penyelesaian selepas menggunakan produk berkenaan, menyapu pada kemaluannya, sebelum sekali lagi menunjukkan ‘pisang’ yang besar lalu segera ‘beraksi’ di atas katil bersama isterinya.
Adakah produk ubat kuat itu sudah mendapat kelulusan KKM atau belum? – Menerusi iklan tersebut, penjual mendakwa sudah mendapat kelulusan.
Namun, dari segi kandungan pula, adakah ia dibenarkan dan ia sesuai untuk tontonan umum?
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan sentiasa bekerjasama dengan kementerian-kementerian berwajib dan pihak berkuasa dalam memantau penyiaran iklan, termasuk melibatkan produk kesihatan.
Jurucakap bahagian aduan pengguna berkata, aduan melibatkan iklan ubat-ubatan termasuk melibatkan kandungan yang disiarkan perlu terlebih dahulu dilaporkan kepada KKM sebelum tindakan susulan diambil.
Katanya, SKMM akan menyemak laporan yang dibuat oleh KKM membabitkan sesuatu iklan dan arahan terhadap mana-mana perubahan iklan akan dibuat berdasarkan laporan kementerian terbabit.
“Sebaik sahaja disemak olek KKM, mereka akan memaklumkan dan SKMM bertindak berdasarkan laporan (bertulis), (dan) meneliti kandungan iklan apa (perubahan yang perlu dibuat).
“Kandungan juga disemak berdasarkan jenis iklan, sekiranya ia untuk siaran televisyen, kita akan lakukan semakan dan kerjasama dengan pihak lain, (sebagai contoh) KKM jika melibatkan ubat-ubatan,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Jelasnya, SKMM perlu merujuk kes secara bertulis dan tidak boleh bertindak sesuka hati kerana sesetengah iklan ubat-ubatan, penggunaan ‘perkataan’ dalam iklan itu mungkin dibenarkan dari sudut istilah perubatan.
“(Orang ramai disarankan) buat aduan kepada KKM, dapatkan penjelasan dan (sekiranya laporan diterima) SKMM, kita akan ambil tindakan susulan. Jika KKM secara jelas menyatakan terdapat kesalahan (iklan), kita akan rujuk laporan yang diberikan,” katanya.
Sementara semakan di Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM bagi Garis Panduan Pengiklanan Ubat Dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam menyatakan ia tertakluk di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Semakan 1983) dan Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976.
Iklan termasuk apa-apa notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut atau dokumen lain, dan apa-apa pengumuman yang dibuat secara lisan atau melalui apa-apa cara yang mengeluarkan atau memancarkan cahaya atau bunyi.
Sehubungan itu, orang ramai yang mahu membuat aduan boleh melayari laman sesawang SKMM di http://ift.tt/2vcbuoR atau hubungi talian 1800 188 030. - MalaysianDigest
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1yVls
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment