Rezeki Tak Terduga, Impian Lelaki Tua Dari Ghana Tunai Haji Tercapai
Kisah seorang lelaki miskin di Ghana yang mendapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di media sosial Turki, selepas dia dirakam bertanya sama ada dron yang jatuh di depan rumahnya boleh membawanya ke Makkah.
Al-Hassan Abdullah dilapor menunaikan haji dengan bantuan kementerian luar dan badan kebajikan Turki selepas tiba di Istanbul, Jumaat lalu.
Menurut laporan, Abdullah menemui dron berkamera di kampungnya dan ketika menyerahkannya kepada krew penggambaran Turki yang memilikinya, dikatakan bertanya sama ada mereka mempunyai peralatan seumpamanya yang lebih besar untuk menerbangkannya ke Arab Saudi.
Perbualan itu menjadi tular hingga dilaporkan sampai ke pengetahuan Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğ lu yang terus membantu membuat persediaan untuk Abdullah menunaikan haji.
Abdullah dipetik memberitahu Agensi Anadolu: “Saya sangat bersyukur dengan rezeki Tuhan ini dan berdoa untuk semua yang membantu saya mencapai impian ini.
“Bantuan ini terlalu bermakna untuk saya. Saya percaya ia sesuatu yang mampu memperbaiki persahabatan dan persaudaraan sesama Muslim.”
Sementara itu, Cihad Gökdemir, penolong pengurus badan kebajikan yang menyambut Abdullah di lapangan terbang di Istanbul berkata, kisah lelaki itu tersebar selepas kakitangan TRT World memuat naik gambarnya di Twitter.
“Orang ramai termasuk ahli perniagaan dan syarikat swasta mula bertanya mengenainya kerana mahu membantunya mencapai impian itu.
“Akhirnya dia berjaya dikesan anggota polis Turki yang bertugas di Ghana,” katanya. – HMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x80fim
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment