Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ringgit Makin Kukuh, Semakin Ramai Rakyat Malaysia Melancong Ke Luar Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ringgit Makin Kukuh, Semakin Ramai Rakyat Malaysia Melancong Ke Luar Negara



KUALA LUMPUR: Prestasi kukuh mata wang ringgit pada suku kedua tahun ini telah menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia bercuti ke destinasi luar negara.

Pengarah Serantau bagi China, Asia Tenggara & India Hotels.com, Jessica Chuang berkata, menerusi data yang dikumpul oleh pihaknya sepanjang suku kedua tahun ini mendapati berlaku peningkatan ketara dalam minat pelancong tempatan ke destinasi seperti Macau dan London.

“Beberapa destinasi utama mencatatkan pertumbuhan dua angka dan ia seiring dengan prestasi kukuh mata wang ringgit, yang merupakan mata wang Asia dengan prestasi terbaik pada suku kedua tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Macau mengungguli senarai destinasi pilihan rakyat Malaysia dengan pertumbuhan pencarian suku tahunan sebanyak 66.1 peratus pada suku kedua berbanding suku pertama tahun ini, diikuti Osaka (45.4 peratus), Seoul (44.7 peratus) dan Melbourne (29.4 peratus).

“Macau, Osaka dan Seoul adalah destinasi yang paling pantas berkembang bagi pelancong Malaysia pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, bandar raya Bangkok dan Pattaya juga merupakan antara yang tersenarai sebagai antara 10 destinasi paling pantas berkembang bagi pelancong Malaysia pada suku kedua tahun ini.

“Bangkok juga disenaraikan oleh Indeks Harga Hotel (HPI) terbaharu Hotels.com sebagai destinasi luar negara paling popular bagi pelancong Malaysia pada 2016.

“Pengguna Malaysia umumnya suka melancong, dan seiring sentimen ekonomi tempatan yang semakin kukuh, Hotels.com sedia untuk menawarkan nilai lebih baik bagi mengukuhkan pengalaman kembara mereka,” katanya.

Hotels.com merupakan laman web tempahan penginapan dalam talian terkemuka yang menawarkan pelbagai pilihan kemudahan percutian serba lengkap untuk destinasi tempatan dan antarabangsa.

Aplikasi khas untuk telefon mudah alih dan tablet boleh dimuat turun untuk membolehkan pelanggan membuat tempahan dan merebut peluang menikmati 20,000 tawaran istimewa yang diberikan.

- Utusan Malaysia


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vnw1tT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.