Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rogol Dan Liwat Anak Tiri, Lelaki Dipenjara 25 Tahun, Empat Sebatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rogol Dan Liwat Anak Tiri, Lelaki Dipenjara 25 Tahun, Empat Sebatan

Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 25 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol dan meliwat anak tirinya berusia 12 tahun.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dengan tiga sebatan terhadap bapa tiri berumur 29 tahun itu selepas dia mengaku bersalah merogol kanak-kanak itu dan penjara 10 tahun dengan satu sebatan kerana meliwat.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 5 Ogos lepas.

Lelaki itu melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kuala Se­langor, Selangor, sekitar Julai tahun lalu.

Bagi tuduhan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, manakala tuduhan seks luar tabii, dia dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana dia telah insaf atas perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali memohon hukuman setimpal kerana mangsa mengalami trauma dan tekanan emosi yang teruk selepas kejadian itu. — Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uIOehT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.