Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘RUNDINGAN PKR-PAS BOLEH JADI SEBAB KALAH PRU’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘RUNDINGAN PKR-PAS BOLEH JADI SEBAB KALAH PRU’

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa, pimpinan PKR yang masih meneruskan rundingan dengan PAS hanya akan melengah-lengahkan rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sedang berjalan.

Malah, Rafizi mendakwa, tindakan pimpinan PKR yang masih melakukan rundingan itu adalah disebabkan dapatan kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) dan Merdeka Centre.

Menurut Rafizi, berdasarkan pembentangan oleh IDE, pengundi bukan Melayu sangat membenci Umno dan mereka akan tetap mengundi PKR atau HARAPAN walaupun parti itu dilihat terus berunding dan melakukan kerjasama dengan PAS.

Justeru, hasil daripada dapatan itu, rundingan bersama PAS masih dijalankan walaupun hasil kaji selidik yang dikemukakan dua badan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar, kata Rafizi.

“Kumpulan yang masih mahu mendampingi PAS sering memetik dapatan-dapatan dari Merdeka Centre dan IDE yang menurut mereka menunjukkan bahawa PAS adalah parti Melayu yang paling kuat.

“Oleh itu, pada perkiraan mereka, sebarang pertandingan tiga penjuru dengan PAS akan menyebabkan Umno menang besar.

“Saya tidak pernah melihat data yang terperinci dari Merdeka Centre atau IDE. Kaedah dan jenis sampel kaji selidik yang mereka jalankan juga berbeza dari apa yang dilakukan oleh INVOKE- yang saya rujuk dalam memahami pola sokongan rakyat terkini,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

Beliau menambah, dapatan kajian antara INVOKE dan Merdeka Centre serta IDE berbeza dan bertentangan kerana pertembungan dua set data berbeza yang disebabkan oleh latar belakang setiap badan yang mengeluarkan dapatan berkenaan.

Rafizi turut melahirkan rasa sangsi terhadap dapatan IDE dan Merdeka Centre memandangkan kedua-dua badan itu mempunyai kaitan dengan kerajaan Selangor.

“INVOKE ditubuhkan oleh saya, maka dapatannya dituduh berat sebelah, hanya sokong pandangan saya dan rakan-rakan.

“Kaedah dan sistem yang digunakan INVOKE menepati piawaian antarabangsa dan saya pastikan data dan dapatan dibuka kepada orang ramai agar jika benar ada manipulasi, ia boleh dibuktikan segera,” katanya.

Rafizi berkata lagi, perbezaan pendapat di peringkat pimpinan menjadi lebih ketara apabila dapatan terkini dibentang Prof Datuk Dr Redzuan Othman dari IDE dan Prof Mohd Noor Nawawi dari Universiti Selangor (Unisel) berhubung sokongan pengundi Cina yang tidak begitu terkesan dengan kerjasama PKR dan PAS.

Sehubungan itu, beliau mendakwa, tindakan kumpulan yang masih meneruskan rundingan bersama PAS akan menyebabkan kekalahan calon PKR terutama daripada kalangan yang tidak bersetuju dengan rundingan berkenaan.

“Dengan kenyataan demi kenyataan PAS yang bukan sahaja menolak pelawaan dari kumpulan PKR yang mahu berkawan, tetapi menghina PKR dari masa ke semasa, strategi terus melayan kerenah PAS dan menyakitkan hati rakan dari HARAPAN akan menyebabkan kekalahan seberapa ramai calon PKR termasuk dari kalangan mereka yang tak bersetuju dengan pendekatan itu,” ujarnya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vudEA4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.