Hi! Welcome Back and Stay Tune! S4S mahu Sarawak bolot 95% hasil minyak, hanya 5% untuk Pusat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

S4S mahu Sarawak bolot 95% hasil minyak, hanya 5% untuk Pusat

KUCHING: “Mungkin sudah tiba masanya untuk menterbalikkannya dengan kerajaan negeri (Sarawak) memberi kerajaan persekutuan 5 peratus daripada hasil minyak dan menyimpan baki 95 peratus untuknya,” kata ketua pergerakan Sarawak 4 Sarawakians (S4S), Peter John Jaban.

Peter dalam kenyataan medianya yang disiarkan Malaysiakini pada Sabtu mengambil contoh, Aceh menerima 70 peratus daripada hasil pendapatan minyak yang digali di dalam sempadan wilayahnya.

Peter berkata langkah perlu diambil oleh Sarawak untuk mendapatkan hak autonominya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Peter turut menyentuh tindakan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menghantar pasukan peguam ke London diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantau Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pertengahan Julai lepas.

Misi mengkaji dokumen berkaitan MA63 dengan tujuan menuntut hak Sarawak itu disifatkan oleh Peter sebagai satu “isyarat”, mesej kepada Putrajaya.

Beliau memuji usaha lima dekad dengan akhirnya kerajaan negeri memutuskan bertindak berhubung terma MA63.

Jelas Peter, misi tersebut sebagai langkah baik dan petanda jelas bahawa Sarawak bersedia mendapatkan autonomi, tetapi perjuangan ke arah tersebut harus dibawa ke hadapan. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZJHM0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.