Hi! Welcome Back and Stay Tune! S4S SARAN S’WAK YANG DAPAT 95% AGIHAN HASIL MINYAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

S4S SARAN S’WAK YANG DAPAT 95% AGIHAN HASIL MINYAK

Mungkin sudah tiba masanya untuk menterbalikkan agihan hasil minyak dan gas di Sarawak antara kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat, kata ketua Sarawak 4 Sarawak (S4S), Peter John Jaban.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk menterbalikkannya dengan kerajaan negeri memberi kerajaan persekutuan 5 peratus daripada hasil minyak dan menyimpan baki 95 peratus untuknya.

“Malah Aceh menerima 70 peratus daripada hasil pendapatan minyak di dalam sempadan wilayahnya,” kata Peter John dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri kini mesti melangkah melepasi ruang politik dan secara serius mempertimbangkan pembetulan melalui perundangan sebagai pilihan dalam perkara tersebut.

Peter John berkata ini adalah antara langkah yang perlu diambil oleh Sarawak untuk menegakkan haknya untuk autonomi sepenuhnya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah menghantar satu pasukan ke London untuk mengkaji dokumen yang berkaitan dengan MA63 dengan tujuan menuntut hak yang sepatutnya diberikan oleh perjanjian.

Difahamkan bahawa pasukan yang diketuai oleh Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan, dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali  tiba di London pada pertengahan bulan Julai.

Tidak dapat dipastikan apakah hasil daripada misi tersebut.

Peter John berkata walaupun mungkin tidak perlu dihantar satu pasukan ke London untuk mengkaji apa yang sudah menjadi dokumen awam, namun menurutnya, ia merupakan satu isyarat kepada Putrajaya.

Beliau berkata selepas selama 50 tahun, kerajaan negeri akhirnya memutuskan untuk bertindak berhubung terma-terma yang dijanjikan di bawah MA63.

Pemergian pasukan ke London itu, tegas Peter John, memenuhi tujuannya sebagai satu paparan kekuatan Sarawak dan sebagai satu mesej kepada kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri mesti mempertimbangkan setiap ‘senjata’ yang ia ada untuk mencapai autonomi penuh Sarawak seperti yang asalnya dirundingkan,” kata aktivis veteran itu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vYeWHg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.