Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAYA BUKAN DARI CHINA’, KATA PENGACARA MAJLIS PELANCARAN ECRL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAYA BUKAN DARI CHINA’, KATA PENGACARA MAJLIS PELANCARAN ECRL

Dua orang pengacara di majlis pelancaran Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) menafikan dakwaan bahawa mereka adalah warganegara China dan acara itu tidak mencerminkan identiti Malaysia.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, pengacara tersebut, Juin Teh menegaskan bahawa dia dan seorang lagi pengacara, adalah rakyat Malaysia.

“Mereka yang menghadiri majlis pelancaran itu akan menghargai bahawa ia adalah acara Malaysia, penuh dengan ciri-ciri ke-Malaysiaan.

“Semasa menyambut perdana menteri sewaktu beliau masuk ke dewan, terdapat majlis sambutan tradisional Melayu bunga mangga dan paluan kompang,” katanya.

Tambahnya, ia diikuti dengan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi negeri Pahang manakala persembahan pembukaan dilakukan oleh pasukan Muhibah Drum.

“Terdapat juga bacaan doa dan sekurang-kurangnya dua bendera Malaysia kelihatan di pentas,” kata Teh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan ECRL di Kuantan pada hari Rabu.

Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilaporkan membidas majlis pecah tanah projek ECRL itu yang didakwanya menghilangkan identiti negara.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali dilaporkan berkata, kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin dan berkata pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China.

Keunikan Malaysia

Teh menjelaskan bahawa pengara lelaki di majlis itu, sebenarnya orang Melayu tempatan.

“Pengacara lelaki Melayu itu akan bertutur dalam Bahasa Malaysia terlebih dahulu dan menyediakan terjemahan Bahasa Inggeris kemudiannya. Tugas saya adalah untuk menterjemahkan semuanya kepada Mandarin.

“Kami mempunyai dua pengacara tetapi PERKASA tidak menyebutnya dan sebaliknya hanya mendakwa pengacara bercakap dalam bahasa Mandarin dan didatangkan dari China.

“Sebenarnya, saya rasa 70 peratus daripada semua aktiviti dalam bahasa Melayu dan Inggeris manakala penggunaan bahasa Cina adalah terhad. Bagaimanapun, PERKASA hanya menyebut beberapa fakta dan tidak memberi gambaran situasi keseluruhannya,” katanya.

Teh berkata pengkritik harus melihat majlis itu secara positif dan menghargai bagaimana keunikan Malaysia menjadikannya tarikan kepada pelabur asing.

“Malaysia mempunyai banyak orang berbakat, kita mempunyai kelebihan bahasa yang merupakan salah satu sebab mengapa pelaburan asing bersedia untuk datang ke Malaysia,” kata Teh.

ECRL akan dibina oleh sebuah syarikat milik kerajaan China dan dibiayai oleh pinjaman bernilai RM55 bilion dari sebuah bank milik kerajaan China.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wD0EJu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.