Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya pergi kelab bukan nak jadi GRO” – Atikah Suhaime - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya pergi kelab bukan nak jadi GRO” – Atikah Suhaime

PELAKON Atikah Suhaime mengakui pernah ke pusat hiburan yang menyediakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) untuk menyelami dunia wanita-wanita tersebut.

Wanita berusia 26 tahun ini berkata, tujuan dia ke lokasi tersebut bukan untuk bersuka-ria atau mencuba jadi seperti itu.

Namun, ia sekadar mahu menjiwai watak sebagai Ameera menerusi filem lakonan terbaharunya, Pencuri Hati Mr. Cinderella. 

“Memang saya ada ke pusat hiburan yang menyediakan layanan GRO. Tapi bukan pergi suka-suka atau nak berseronok seperti yang disangkakan.

“Tujuan saya ke sana hanya untuk menyelami dunia mereka dan bagaimana mereka membawa diri dengan pekerjaan tersebut.

“Apabila saya dapat lihat dan rasai sendiri, barulah boleh menjiwai watak Ameera yang merupakan seorang GRO dalam filem terbaru saya,” kata Atikah kepada mStar Online. 

 

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Singapura ini memberitahu tidak semua wanita yang memilih pekerjaan tersebut disebabkan mempunyai sejarah hitam.

Namun, kebanyakan daripada mereka ini sememangnya memilih jalan kehidupan seperti itu disebabkan faktor kewangan.

“Bukan semua wanita yang bekerja sebagai GRO ini disebabkan pernah melalui sejarah hitam atau mempunyai latar belakang keluarga yang tidak baik.

“Tapi bila saya kenali mereka ini, ada yang memang pilih jalan pekerjaan ini disebabkan dapat perolehi duit yang banyak.

“Mereka bukan buat perkara yang melebihi seperti tidur bersama atau mengadakan hubungan intim tapi hanya melayan karenah pelanggan dan menerima duit atas layanan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Atikah memberitahu sejak membuat kenyataan tidak ada tawaran berlakon dan kini bekerja di Singapura, dia banyak menerima panggilan untuk kembali berlakon.

“Secara tiba-tiba ramai pula yang menghubungi untuk menawarkan saya berlakon semula selepas saya sudah bekerja di Singapura.

“Namun, saya masih memikirkan semula kerana tidak mahu membuat keputusan terburu-buru,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya pergi kelab bukan nak jadi GRO” – Atikah Suhaime

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hISPyr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.