Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya Tak Boleh Lepaskan Khairil' - Gadis 13 Tahun Mesej Teman Lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya Tak Boleh Lepaskan Khairil' - Gadis 13 Tahun Mesej Teman Lelaki


Macam-macam ragam remaja sekolah sekarang. Daripada isu buli kepada isu bergaduh sehinggalah ada terlibat dengan gejala sosial lain kerana terpengaruh dengan rakan sebaya atau yang baharu dikenali di laman sosial.

Tetapi kisah yang tular di laman sosial ini lain sedikit, rasa nak gelak pun ada juga apabila melihat tahap ‘keyakinan’ remaja masa kini kerana berani menghantar mesej kepada ibu teman lelakinya walaupun umur masih ‘setahun jagung’.

Paparan skrin yang dikongsi sebuah blog memaparkan seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Nisa, berusia 13 tahun mengirimkan mesej kepada seorang wanita, dipercayai ibu kepada teman lelakinya.

Perbualan mereka bermula apabila Nisa memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita kepada anak lelaki wanita itu.

Tidak cepat melatah, wanita itu mula ‘menggorek’ rahsia hubungan cinta Nisa dan anaknya, sebelum remaja perempuan itu memaklumkan mereka mula bercinta sejak 6 Julai lalu.

Sebagai seorang yang sudah makan garam dan mempunyai anak remaja, wanita itu bagaimanapun menasihati Nisa supaya tidak leka dengan alam percintaan, sebaliknya memfokuskan kepada pelajaran dan mencapai cita-cita dahulu.

“Jaga dirimu sehingga mencapai usia selayaknya berumah tangga. Masa tu, makcik sendiri pergi bawa rombongan meminang,” nasihat wanita itu.

Namun, mengejut gadis muda itu bukan sahaja akur dengan nasihat si ibu teman lelakinya, tetapi siap menyuruh wanita itu segera menghantar rombongan meminang kerana bimbang teman lelakinya ‘dirampas’ gadis lain.

Wanita itu kemudian menjawab dengan berkata: “Sabar ya... Janji dengan makcik, jangan dating. Jangan mesej panjang-panjang (dan) lucah. Jaga diri, jaga pergaulan, jaga dosa dan jaga solat.”

“Kalau nanti dah habis sekolah, Khairil dah kerja, makcik sendiri pergi pinang awak kalau Khairil suruh. Buat masa sekarang, hanya fokus pada belajar dan sekolah dulu.

Remaja perempuan itu sekali lagi mengatakan dia akan mendengar nasihat yang diberikan ibu teman lelaki itu sebelum berkata: “Tapi saya tak boleh lepaskan Khairil. Makcik tak kasi ke saya couple dengan Khairil?.”

Perbualan tersebut berakhir begitu sahaja, dan tidak dipastikan jawapan yang diberikan oleh ibu Khairil. Cuma apa yang boleh dikatakan, ibu bapa perlu sentiasa memantau tingkah laku anak masing-masing dan kepada remaja, fokuslah pada pelajaran dahulu, jangan nak bercinta sangat!.-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hn4i6H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.