Sekurang-kurangnya 19 Maut Kapal Tenggelam Di Brazil
BRASILIA – Sekurang-kurangnya 19 orang mati dan puluhan lagi hilang selepas sebuah kapal membawa kira-kira 70 penumpang tenggelam di utara Brazil, menurut pihak berkuasa tempatan.
Agensi berita China Xinhua melaporkan, kapal itu dilaporkan tenggelam pada Selasa di sungai Xingu di utara Para, wilayah Amazon.
Menurut Akhbar Folha de S.Paulo, kapal malang berkenaan berlepas dari Santarem Isnin malam menuju ke Vitoria de Xingu.
Setakat ini, semua mayat mangsa ditemui, 25 penumpang berjaya menyelamatkan diri manakala kira-kira 30 lagi masih hilang. Punca kejadian masih belum diketahui.
Kemalangan kerap berlaku di sunga lembah Amazon kerana kebanyakan bot sering dinaiki lebih penumpang.
Pada 2 Ogos, kapal kontena dan beberapa rakit bertembung di sungai Amazon menyebabkan sembilan hilang. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wAos3F
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment