Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sepasang kekasih “kantoi” miliki dan positif dadah di stesen minyak di Serian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sepasang kekasih “kantoi” miliki dan positif dadah di stesen minyak di Serian

SERIAN: Sepasang kekasih “kantoi” apabila urusan mereka melibatkan dadah berjaya dihidu polis di sebuah stesen minyak di tengah bandar ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kedua-duanya ditahan untuk pemeriksaan setelah sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah mengesan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara berwarna putih di tepi stesen terbabit.

“Pemeriksaan lanjut sekitar jam 9.45 malam itu kemudian menemui satu kotak rokok warna kemerahan jenama Pall Mall di poket pelapik pintu sebelah pemandu, yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, yang dianggarkan seberat 1.05 gram.

Sebaik penemuan tersebut kata Aswandy, pasukan terbabit menahan lelaki Iban berusia 27 tahun itu dan teman wanitanya, berbangsa Bidayuh berusia 21 tahun.

“Saringan air kencing kemudian mendapati lelaki terbabit positif dadah manakala teman wanitanya, negatif.

Kes katanya, kini disiasat di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda RM100 ribu atau penjara lima tahun atau kedua-duanya-SarawakVoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wHfilp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.