SPRM Serbu MBI, Unisel
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Universiti Selangor (Unisel) dan Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd (JNSB) pagi ini dipercayai berkait rapat dengan salah guna kuasa dalam isu pertikaian kontrak.
Serbuan melibatkan lima lokasi berbeza iaitu di Kampung Pandan, Shah Alam dan Bestari Jaya itu bermula pukul 10 pagi dengan enam pegawai SPRM dilihat memasuki kampus induk Unisel di Seksyen 7, sebelum serbuan dibuat pula ke atas MBI di Bangunan Darul Ehsan pada pukul 10.45 pagi.
Pada 8 Ogos lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung tatacara penyelesaian kontrak berjumlah puluhan juta ringgit di antara Unisel dan JNSB yang didakwa meragukan.
- Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vTUV3y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment