Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukan SEA: MASOC minta maaf kesilapan di buku cenderamata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukan SEA: MASOC minta maaf kesilapan di buku cenderamata

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) meminta maaf di atas kesilapan warna bendera yang tidak disengajakan dalam buku cenderamata upacara pembukaan Sukan SEA ke-29.

Susulan itu jawatankuasa itu memaklumkan pengerusinya dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia, Imam Nahrawi pada Ahad untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak MASOC.

"Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara dua negara ini akan diperkukuhkan atas semangat Sukan SEA," menurut satu kenyataan MASOC malam tadi.

Semalam Khairy menerusi tweetnya melahirkan rasa kesal dengan kesilapan warna pada bendera Indonesia yang digunakan pada buku cenderahati terbabit.

"Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf," kata Khairy menerusi tweet itu.

Temasya Sukan SEA ke-29 kembali semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas 16 tahun dalam suasana gilang gemilang dan penuh berwarna -warni tatkala Kuala Lumpur menyambut 4,900 atlet terbaik dalam pelbagai acara sukan terbesar di Asia Tenggara.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xeH1qs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.