Sultan Brunei, Sultan Selangor Berangkat Menyaksikan Acara Polo Ekuestrian
PUTRAJAYA - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat untuk menyaksikan perlawanan pertama acara polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29 membabitkan pasukan Malaysia dan Brunei di Taman Ekuestrian, di sini hari ini.
Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; kerabat-kerabat diraja dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.
Perlawanan tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang mula membanjiri sejak pukul 1.30 petang lagi bagi menyaksikan aksi kali pertama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam temasya dwitahunan tersebut.
Malah, penyertaan dua kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah dan kekandanya, Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah turut menarik perhatian penonton.
Selain Khairy, pasukan Malaysia turut diwakili Abdul Rashid Hasnan, Shaik Reisman Mohamed Ismail dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman.
Pasukan Brunei pula diwakili Putera Abdul Mateen, Puteri Azemah, Pangeran Muda Bahar Jefri dan Mohamad Huzaimi Husin. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkQKKl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment