Hi! Welcome Back and Stay Tune! Takziah, Pak Engku Kuzie Katering Meninggal Dunia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Takziah, Pak Engku Kuzie Katering Meninggal Dunia..


SHAH ALAM: Pemilik Kuzie Katering, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan meninggal dunia di Hospital Pakar DEMC di sini Jumaat malam akibat penyakit kencing manis.

Anak bongsu Allahyarham, Raja Muhammad Harith Irfan, 17, berkata Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Engku, 57, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 malam lapor mStar.


"Arwah dimasukkan ke hospital semalam dan dibedah malam semalam," katanya ketika ditemui Bernama di lobi hospital malam Jumaat.

Allahyarham meninggalkan isteri Ramziah Samah, 47, dan tiga orang anak.


Jenazah Pak Engku akan disembahyangkan di Masjid Negeri sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam pagi Sabtu.

Pak Engku yang dilahirkan di Kampung Batu Laut, Banting, Selangor pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 1979 hingga 1981 sebelum menceburkan diri dalam bidang katering.


Berpengalaman luas dalam bidang katering dan hasil air tangannya yang sering mendapat pujian membolehkan beliau mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis besar golongan kenamaan termasuk pemimpin negara.


Antara majlis yang pernah dikendalikan Allahyarham ialah Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009 dan majlis rumah terbuka Aidilfitri Istana Negara pada 2011.


Dengan berbekalkan pengalaman yang luas serta minat mendalam terhadap bidang masakan, Pak Engku juga menghasilkan karyanya dengan menerbitkan beberapa buah buku yang mengandungi pelbagai resepi khusus buat para peminatnya.

Beliau juga cukup dikenali dalam kalangan artis dan menjadi penaung untuk persatuan artis veteran tanah air.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZwuSu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.