Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Fokus Penting Sebelum Penutupan Pasaran Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Fokus Penting Sebelum Penutupan Pasaran Hari Ini

#Draghi dan Yellen dijadualkan untuk berucap di Jackson Hole

Tumpuan para pelabur sepanjang minggu ini adalah kepada persidangan bank-bank pusat di Jackson Hole dimana presiden bank pusat eropah ECB, Mario Draghi dan pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen dijadualkan untuk berucap dalam persidangan tersebut awal pagi esok (waktu Malaysia)

Penganalisis menjangkakan kedua-dua ketua bank ini akan memberikan pandangan mereka terhadap tindakan yang akan diambil untuk polisi monetari akan datang.

Ahli ekonomi dari UBS, Seth Carpenter berkata, “Persidangan Jackson Hole sejak beberapa tahun yang lalu telah menjadi satu tempat untuk mendapatkan berita yang besar tentang polisi monetari, namun tahun ini kemungkinan akan kurang dramatik.”

Greenback tidak mengalami perubahan yang besar sepanjang sesi pasaran yang lepas.

# Kiraan jumlah pelantar oleh Baker Hughes

Laporan tentang aktiviti penggalian minyak mingguan oleh Baker Hughes pada hari Jumaat akan memberi petunjuk baru kepada pelabur komditi hitam tentang keadaan semasa pengeluaran minyak dan permintaannya di US, terutamanya apabila aktivit penggalian semakin perlahan sejak beberapa minggu yang lalu.

Pengiraan jumlah pelantar sangat penting dalam industri penggalian dan menjadi proksi kepada pengeluaran minyak dan permintaan terhadap perkhidmatan minyak

Harga minyak pada Khamis lepas masih menyaksikan penurunan empat minggu berturut-turut berikutan kebimbangan taufan Harvey akan menganggu aktiviti sulingan minyak, menyebabkan bekalan akan semakin susut.

# Twitter akan jatuh pada pembukaan pasaran?

Saham Twitter Inc jatuh lebih 1% dalam masa sejam selepas pembukaan pasaran New York lepas, ditambah pula dengan bank pelaburan Jefferies mula mengurangkan pelaburannya berikutan kebimbangan terhadap hasil yang semakin jatuh.

Brent Thill dan pasukan analisis ekuiti berkata dalam notanya, “Platform antarbangsa TWTR’s mempunyai pengguna yang sangat luas, namun hasil pulangan semakin berkurang. Dalam media sosial kita dapat lihat kemenangan berpihak kepada FB”.

Berdasarkan laporan suku tahunan terkini, Twitter menyatakan pengguna bulanan yang aktif meningkat kepada 328 juta, tidak begitu berubah berbanding dengan suku tahun yang lalu.

The post Tiga Fokus Penting Sebelum Penutupan Pasaran Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wt25gg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.