Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunggu Kes Rogol 600 Kali Selesai, JKM Sedia Jaga Mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunggu Kes Rogol 600 Kali Selesai, JKM Sedia Jaga Mangsa


Kuala Lumpur: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk memberi perlindungan kepada remaja yang menjadi mangsa jenayah seksual bapa kandungnya sementara kes itu diselesaikan.

Beliau berkata pihaknya akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terlibat berhubung kes itu.

“Sekarang ini memang kita tidak boleh mengganggu siasatan. Tapi apa jua yang diarahkan oleh mahkamah dan juga pihak polis, kami akan memberikan segala kerjasama.

“Selalunya dalam keadaan begini, kalau tiada keluarga yang paling rapat atau mereka juga rasa tidak mampu untuk melindungi kanak-kanak ini, JKM akan ambil kanak-kanak ini untuk diberi perlindungan sementara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun ke-48 majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn Bhd di sini hari ini.

Semalam, seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak atas lebih 600 pertuduhan meliwat, merogol dan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.

Hari ini, bapa berkenaan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama atas dakwaan 444 pertuduhan meliwat anak perempuan kandungnya sebanyak tiga kali sehari selama tujuh bulan sejak Januari lalu hingga Julai lepas. — Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vVcGQy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.