Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah, Jangan Buat Modal Politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah, Jangan Buat Modal Politik


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengingatkan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk tidak membangkitkan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah sebagai bahan untuk “politik murahan”.

Anifah yang juga anggota Parlimen Kimanis berkata tuduhan oleh setiausaha agung parti itu Loretta Padua Jr bahawa kerajaan tidak mahu menyelesaikan secara muktamad tuntutan oleh Filipina ke atas Sabah adalah tidak berasas.

“Tuduhan ini adalah tidak berasas, provokatif, mengelirukan dan harus dikutuk sekeras-kerasnya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, di sini semalam.

Anifah juga mengulangi pendirian kerajaan bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah tidak berasas dan bahawa Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhannya pada 16 Sept, 1963.

Oleh itu, Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak mengenai Sabah,” kata beliau.

Loretta pada 28 Julai menuduh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein cuba mengalihkan soalan mengenai tuntutan itu, yang ditimbulkan oleh presiden parti, yang juga anggota parlimen Semporna Datuk Seri Shafei Apdal di Dewan Rakyat sehari sebelum itu dengan membangkitkan mengenai ancaman oleh kumpulan IS di rantau itu.

Anifah juga berkata sebagai anggota parlimen selama beberapa tahun, Shafie tentu mengetahui mengenai pendirian Malaysia berhubung isu tersebut.

“Pada masa yang sama, beliau juga tahu bahawa perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Menteri Luar dan bukan Menteri Pertahanan...dan respons berikutnya oleh parti itu rata-rata adalah percubaan untuk mengelirukan dan memperdayakan rakyat. — Bernama


Read more at http://ift.tt/2f3yX8c


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hjnfac

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.