Hi! Welcome Back and Stay Tune! Turki Perkenal Pakaian Seragam Suspek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Turki Perkenal Pakaian Seragam Suspek



ANKARA – Pengganas atau suspek kudeta diwajibkan memakai pakaian seragam khas ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah Turki, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Keputusan itu dibuat selepas salah seorang defendan bulan lalu, hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja- T bertulis ‘Wira’

Erdogan berkata, suspek rampasan kuasa 2016 yang gagal seharusnya memakai pakaian seperti tahanan di penjara tentera Amerika Syarikat di Guantanamo dan menetapkan warnanya coklat gelap.

“Mereka tidak boleh memakai pakaian sesuka hati, selepas ini,” kata Erdogan ketika berucap di Malatya, sebuah kawasan di timur Turki, semalam.

Katanya, yang didakwa terbabit dengan rancangan kudeta gagal akan memakai pakaian seragam penjara, sementara suspek keganasan perlu memakai jaket dan seluar panjang.

“Mereka akan diperkenalkan kepada dunia sebegini. Kini, mereka akan dipaparkan sedemikian,” katanya.

Sejak cubaan rampasan kuasa gagal pada 15 Julai tahun lalu, lebih 50,000 orang ditahan dan 150,000 digantung dalam operasi yang dikritik beberapa sekutu Barat negara itu. – Reuters/BH ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hyUwyk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.