Uber Memperkenalkan Ciri Hentian Tambahan – Tambah Sehingga Tiga Hentian Untuk Setiap Perjalanan
Aplikasi ride-sharing Uber kini baru sahaja dikemaskini dengan sebuah ciri baru dimana penggunanya boleh menambah hentian tambahan untuk apa sahaja perjalanan.
Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah sehingga tiga hentian tambahan, dan ini boleh dilakukan sebelum ataupun ketika anda sudahpun berada di dalam perjalanan, dan hentian-hentian ini akan diperlihatkan pada aplikasi pemandu Uber juga.
Ciri ini cukup berguna jika anda mahu mengambil ataupun menghantar rakan-rakan pulang ke lokasi yang diingini mereka tanpa perlu memanggil kenderaan Uber yang lain.
Menurut Uber, ciri ini akan hadir melalui kemaskini aplikasi seterusnya, dan dari sana, anda boleh menggunakannya serta-merta.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vr69sS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment