Hi! Welcome Back and Stay Tune! UTeM Terima Kemasukan Pelajar Dari China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UTeM Terima Kemasukan Pelajar Dari China

KUALA LUMPUR – Pelajar dari China yang memiliki diploma teknologi maklumat berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenainya akan diadakan pada hujung tahun ini.

“Delegasi pengurusan tertinggi dari Guizhou Polytechnic of Construction (GPC) mahu mengukuhkan kerjasama dengan UTeM dengan merangka jalinan startegik menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman.

“Menerusi kerjasama ini, gerbang pegajian UTeM terbuka kepada lepasan diploma teknologi maklumat GPC untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sains komputer dengan kepujian di sini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shahrin berkata, persefahaman awal berhubung perkara itu dicapai hasil lawaran delegasi pengurusan tertinggi GPC ke Kampus Induk UTeM Durian Tunggal semalam.

Jelas beliau, delegasi GPC tertarik dengan kemajuan dan pencapaian UTeM selaku universiti awam teknikal yang berprestij dalam negara ini.

Kata beliau, senario itu secara tidak langsung menzahirkan Melaka sebagai hab pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dan sekali gus menjayakan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk Malaysia terus menjadi destinasi pilihan ramai dari seluruh dunia bagi melanjutkan pengajian peringkat pendidikan tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x8mCEa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.