(VIDEO) 5000 Pil Ecstasy `Kelas A’ Dengan Bentuk Menyerupai Donald Trump Telah Dirampas Oleh Polis Di Jerman..
| Gambar Dari The Sun. |
LEBIH 5,000 pil ecstasy `kelas A’ dengan bentuk menyerupai muka presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah dirampas oleh polis di Jerman.
Pil itu turut mempunyai nama Trump di bahagian belakang dirampas di Osnabruck.
Dua beranak iaitu seorang lelaki berusia 51 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun telah ditangkap, selepas pil berkenaan ditemui dalam kenderaan mereka.
Dadah itu bernilai lebih RM200,000. Turut dirampas ialah sejumlah besar wang tunai dari dalam kenderaan terbabit.
Polis percaya pil dadah itu akan dijual secara dalam talian menggunakan slogan “Trump jadikan berparti hebat sekali lagi”.
Pil `Trump’ itu dipercayai berasal dari Netherlands. Pakar-pakar dadah sebelum ini telah memberi amaran bahawa pil ecstasy telah menyebabkan ramai orang yang mengambilnya terpaksa dimasukkan ke hospital.
VIDEO:
Kredit: Mynewshub
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfkfQ8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment