Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Benarkan Budak 10 Tahun Cuba Terbangkan Pesawat Di Udara, Juruterbang Dan Pembantunya Digantung Tugas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Benarkan Budak 10 Tahun Cuba Terbangkan Pesawat Di Udara, Juruterbang Dan Pembantunya Digantung Tugas


Seorang Juruterbang pesawat Algeria Air dan pembantunya telah digantung tugas dan kemungkinan kehilangan kerja selepas video mereka membenarkan seorang kanak-kanak lelaki menerbangkan pesawat penumpang ATR672 menjadi tular, lapor Daily Express.

Kanak-kanak daripada rumah anak yatim itu dipercayai telah dijemput oleh mereka bagi memenuhi impiannya yang mahu merasai duduk di bahagian kokpit pesawat dan cita-citanya juga ingin menjadi juruterbang apabila besar nanti.

Dia yang berpakaian kemas baju hitam putih dan seluar dengan memakai topi kapten telah dibenarkan duduk di atas kerusi pembantu juruterbang.

Berdasarkan video, kanak-kanak itu dilihat diberi peluang menolak butang penerbangan selepas bertolak dari Lapangan Terbang Wilayah Setif ke Lapangan Terbang Antarabangsa Algiers Houari Boumediene.

Mereka menjemput kanak-kanak selepas mendapat permohonan dari pertubuhan anak yatim di daerah berkenaan yang mahu memenuhi impian kanak-kanak itu di mana wartawan dari Al Bilad TV juga turut hadir memberikan liputan.

Mengetahui keadaan ini terjadi, pihak Algeria Air telah melahirkan kekecewaan dengan tindakan dua juruterbang tersebut dan terus mengambil tindakan menggantung tugas mereka.

Namun menurut netizen, video kanak-kanak berkenaan menolak butang penerbangan ketika itu adalah ketika pesawat belum lagi terbang, namun tidak dapat dipastikan kebenarannya. - Siakapkeli.my



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPVpHz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.