Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Ibu Setan...Bungkus Bayi Sendiri Lalu Di 'POS' Guna Khidmat Kurier Ke Rumah Anak Yatim. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Ibu Setan...Bungkus Bayi Sendiri Lalu Di 'POS' Guna Khidmat Kurier Ke Rumah Anak Yatim.

Berbagai cara seorang ibu untuk menunjukkan kasih sayang kepada anaknya sendiri. Demi menjaga dan menyelamatkan anak, ibu (yang memiliki rasa peri kemanusiaan) selalunya lebih mengutamakan keselematan anaknya demi melihat mereka membesar dengan sihat dan selamat.


Berbeza dengan tindakan seorang ibu yang seolah mahu menyelamatkan bayinya tetapi dalam masa yang sama hampir membunuhnya dengan cara perlahan dan kejam.

Dipetik dari laman web popular dari China, Shanghaiist Dot Com, seorang bayi telah ditemui di dalam plastik wrapper (pembungkus) dalam keadaan masih bernyawa.

Berlaku di Fuzhou, China, seorang Mat Despatch ditugaskan untuk menghantar satu bungkusan ke sebuah rumah anak yatim, dan ketika dalam perjalanan dia seakan menyedari ada satu bungkusan yang mencurigakan dan seakan ada satu benda yang bergerak di dalamnya.

Tidak senang hati dengan kejadian itu, lantas dia berhenti di tepi jalan dan tanpa berfikir panjang dia terus membuka bungkusan yang dikira aneh baginya.

Dan sungguh mengejutkan kerana di dalamnya seorang bayi kecil masih hidup dalam keadaan berpeluh kerana kepanasan yang mana cuaca di Fuzhou pada masa itu sahaja adalah sekitar 37 darjah celsius dan bayangkan keadaan bayi tersebut yang terbungkus dengan plastik di dalam sebuah beg.



Orang ramai yang melihat kejadian tersebut lantas datang membantu dan ada juga yang memberikan bayi malang itu dengan putik kapas yang dibasahkan untuknya minum.

Dipendekkan cerita, perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan bayi tersebut telah dihantar ke hospital di Fuzhou dan dilaporkan dalam keadaan stabil setelah melalui perjalanan yang memeritkan terbungkus dengan plastik dalam keadaan cuaca panas.

Untuk membantu siasatan, pihak polis telah melakukan tangkapan terhadap seorang wanita berusia 24 tahun yang dikenali dengan nama Luo yang mana disyaki sebagai ibu kepada bayi tersebut.


Kes tersebut telah menjadi viral di China dan telah mendapat kecaman yang sungguh hebat kerana tindakan bodoh dari wanita tersebut boleh membunuh seorang bayi yang tidak bersalah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1EeUc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.