(Video) Kejam Dan Sadis...Pijak Perut Kekasih Sarat Mengandung Sebelum Dibakar.
Hanya kerana berang terus menerus didesak untuk bertanggungjawab, seorang lelaki, 37, Supriadi sanggup membunuh kekasih sendiri dengan cara yang sangat kejam dan sadis.
Wanita yang dikenali sebagai Ema 25 di temukan dalam keadaan terbakar hingga tidak dapat dikenali pada Rabu lalu di jalan Yos Sudarso Rumbai, Pekanbaru. Lbih memilukan wanita itu disahkan mengandung 6 bulan oleh pihak hospital yang menjalankan bedah siasat.
Suspek yang ditahan semalam, selepas beberapa hari menjadi buruan polis mengaku salah dan menyesal atas kejadian tersebut.
Kronologi:
Suspek menceritakan, mereka berdua membuat temujanji tengahari Selasa lalu, untuk membicarakan masalah hubungan mereka.
Mangsa yang serat mengandung takut balik kerumah kerana suspek tidak ingin bertanggungjawab. Suspek kemudian membawa mangsa jalan-jalan menaiki motor sehingga jam 8 malam.
Di satu kawasan sunyi mereka berhenti dan suspek cuba memujuk mangsa untuk balik ke rumah, namun mangsa enggan mengikut kerana takut kantoi mengandung anak luar nikah.
Suspek yang berang terus menarik tudung mangsa dari belakang hingga mangsa terjatuh. Seterusnya mangsa di seret kedalam semak dengan tudung terjerut dileher.
Lebih kejam apabila perut mangsa yang mengandung juga dipijak-pijak sebelum dicekik hingga maut.
Tak cukup disitu, selepas suspek memastikan kekasihnya itu sudah mati, suspek kemudian bertindak membakar mangsa bagi menghilangkan bukti.
Sementara itu pihak polis PekanBaru, Bimo Ariyanto menjelaskan, suspek enggan bertanggungjawab atas kehamilan mangsa dengan alasan masih belum memiliki wang untuk mengadakan majlis pernikahan.
"Suspek diketahui bekerja sebagai buruh bangunan memiliki hubungan rapat dengan keluarga mangsa," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wblm5T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment