Video Syahrini jemput Vida naik atas pentas secara spontan dalam konsert Nova
Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida mencuri perhatian penonton pada Konsert Nova di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.
Berlaku secara spontan, Vida dijemput naik ke pentas oleh penyanyi sensasi Indonesia, Syahrini yang menyedari kehadiran Vida pada konsert yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-60 hubungan Malaysia dan Indonesia itu.
“Meminati pesona Syahrini sebagai penghibur sejak dulu, saya tidak sangka dia menjemput naik ke pentas.
“Selain berhibur dengan persembahan penyanyi tempatan dan Indonesia, saya tidak sangka dapat memperkenalkan lagu I Am Me di pentas konsert.
“Saya rasa teruja dan tidak sangka Syahrini menyanyikan sedikit single pertama saya itu,” katanya kepada BH Online.
Dalam perkembangan lain, Vida memberitahu, dia merancang ‘terbang’ ke Indonesia pada 9 September depan bagi bertemu peminat.
Selain Syahrini, Konsert Nova turut menampilkan Judika, Chakra Khan, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah.
Sumber: BH Online
Sumber Video Syahrini jemput Vida naik atas pentas secara spontan dalam konsert Nova
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2va7jMB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment