Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Wabak' Dari Hutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Wabak' Dari Hutan



“Saya terkejut selepas mengetahui anak jiran kini kritikal kerana digigit anjing. Tidak sangka keadaannya menjadi lebih teruk,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Hasnah, 50. 

Hasnah berkata, keluarga jirannya yang tinggal 20 meter dari kediamannya di Kampung Sanyabah, di sini, sudah seminggu di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching bagi mengikuti perkembangan anak mereka yang kian kritikal. Menurutnya, susulan kejadian menimpa anak jirannya, penduduk kampung lebih berhati-hati dengan kehadiran anjing liar dari kawasan hutan berhampiran kampung. 

“Saya percaya mangsa digigit anjing berkeliaran di kawasan rumahnya Jun lalu. “Kini, saya lebih berhati-hati sehingga terpaksa membawa parang dan kayu sekiranya mahu pergi ke kebun,” katanya. 

Tinjauan media di rumah mangsa berhampiran kilang di kampung itu mendapati ia kosong dan difahamkan, empat sekeluarga itu berada di HUS untuk bersama mangsa yang kini memerlukan bantuan alat pernafasan.

Difahamkan, mangsa berusia tujuh tahun ialah anak bongsu daripada dua beradik tinggal di kampung itu sejak beberapa tahun lalu. Mangsa disahkan menghidap virus itu apabila menunjukkan simptom penyakit pada 1 Ogos lalu selepas mengalami muntah, batuk dan demam sebelum dimasukkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Kain rentang penerangan mengenai wabak rabies sudah digantung di laluan masuk Kampung Kuala yang terletak beberapa meter dari kampung mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit mempunyai sejarah digigit anjing, 17 Jun lalu namun disuntik vaksin bermula 21 Julai lalu di Hospital Serian. “Walaupun menerima suntikan vaksin tiga kali pada 21, 24 dan 28 Julai lalu, kesihatan pesakit mula merosot, selain perubahan sikap dan mengalami halusinasi sebelum dirujuk ke HUS pada 3 Ogos lalu.

“Hasil ujian yang dijalankan hari ini (semalam) mengesahkan pesakit positif rabies dan kini dalam keadaan kritikal serta memerlukan bantuan alat bantuan pernafasan,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vQmx9Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.