Wanita Baru Bersalin Maut, Badan Terpotong Dua Akibat Tersepit Di Pintu Lif Rosak.
Seorang wanita meninggal dunia apabila badannya terputus dua kerana tersangkut di lif selepas dia melahirkan anaknya secara pembedahan di sebuah hospital di selatan Sepanyol.
Insiden tersebut berlaku di Hospital Valme di Seville, berpunca daripada kerosakan lif di hospital berkenaan.
Mangsa, Rocio Cortes Nunez, 26 tersepit pada pintu lif yang mengakibatkan badannya terpotong dua dan meninggal di tempat kejadian.
Bayinya yang baru lahir turut berada disisinya pada saat itu bagaimanapun dia dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Difahamkan, lif yang membawa Rocio itu mula bergerak ke atas sebelum pengusung yang dinaiki wanita berkenaan masuk ke dalam lif sepenuhnya. Ia dipercayai berlaku akibat masalah mekanikal yang terjadi pada pintu lif tersebut.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 petang Ahad kelmarin.
Pasukan bomba dan polis bergegas ke tempat kejadian tetapi tidak mampu menyelamatkan wanita tersebut. Bomba mengambil masa dua jam untuk mencapai bahagian badannya setelah kepala mangsa terperangkap di antara bahagian atas lif dan bumbung. Manakala kakinya terjuntai.
David Gaspar, abang ipar mangsa, mengatakan bahawa suami mangsa sangat berduka cita dengan kejadian itu.
“Kami masih tidak percaya perkara seperti itu boleh terjadi,” katanya kepada Europa Press.
“Sesuatu harus dilakukan. Mereka perlu dihukum,” katanya.
Mangsa merupakan ibu kepada dua lagi anak perempuan yang berusia tiga dan empat tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2inICHV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment