Washington, Beijing tamatkan program nuklear Pyongyang
BEDMINSTER: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menghubungi rakan sejawatnya, Presiden China, Xi Jinping, bagi membincangkan langkah menamatkan program nuklear Korea Utara.
"Saya akan membuat satu panggilan telefon kepada Jinping dilakukan pada malam ini.
"Kami bekerjasama lebih rapat dengan China dan negara lain," kata Trump kepada wartawan di New Jersey selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara, Rex Tillerson dan Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.
China secara tradisionalnya adalah sekutu rapat Korea Utara, tetapi mereka mengundi untuk memihak kepada beberapa sekatan yang dikenakan hujung minggu lalu terhadap rejim Kim Jong-un pada sesi pengundian Majlis Keselamatan PBB.
Sebelum ini, Beijing menyuarakan kebimbangan berikutan beberapa kenyataan 'panas' antara Washington dan Pyongyang, termasuk amaran daripada Trump, baru-baru ini bahawa Korea Utara akan berdepan dengan 'api dan kemarahan' jika ia terus mengancam Amerika Syarikat. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxo4Cz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment