Xiaomi Mi Mix 2 Bakal Dilancarkan Pada 11 September – Sehari Sebelum Pengenalan iPhone Baru
Xiaomi kini menjadualkan acara pengenalan telefon pintar dengan bingkai bersaiz nipis daripada mereka, iatu Mi Mix 2 pada 11 September. Perkara ini disahkan oleh Xiaomi melalui perkongsian poster pelancaran untuk Mi Mix 2 pada laman Weibo.
Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan Mi Mix dan melabelkannya sebagai peranti “konsep”, tetapi menawarkan ia kepada umum. Ia hadir dengan rekaan bingkai yang sangat nipis dan nisbah skrin yang luas – salah satu trend yang turut dilaksanakan oleh pelbagai pengeluar pada tahun ini.
Untuk Mi Mix 2 pula, ia dijangka akan hadir dengan rekaan bingkai yang jauh lebih nipis berbanding dengan versi sebelum ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi sehari sebelum pelancaran iPhone generasi baru oleh Apple.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wIFJre
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment