Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang JPJ bantu kanak-kanak sawan ke hospital dan awek JPJ fasih Mandarin terima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang JPJ bantu kanak-kanak sawan ke hospital dan awek JPJ fasih Mandarin terima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan

Abang JPJ bantu kanak-kanak sawan ke hospital dan awek JPJ fasih Mandarin terima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan

Abang JPJ bantu kanak-kanak sawan ke hospital dan awek JPJ fasih Mandarin terima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan

Pasti ramai masih ingat akan kisah sepasang suami isteri menghadapi detik cemas anak mereka diserang sawan, perjalanan mereka ke hospital tersangkut di dalam jem, mujur ada sebuah kereta peronda Jabatan pengankutan jalan(JPJ) yang mengetahui keadaan mereka ini bertindak mengiringi kereta mereka ke hospital.

Pembantu Penguatkuasa JPJ berkenaan, En. Mohd Azizul bin Mohd Anuar dan En Mohd Taufik bin Ramli dari dari JPJ Selangor hari ini telah menerima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid pagi ini.

Anugerah berkenaan diberikan kepada mereka bagi menghargai jasa mereka kepada masyarakat kerana tindakan yang terpuji dilakukan mengiringi kereta dipandu oleh En.Saiful di mana anaknya diserang demam dan sawan ke hospital.

Video yang dirakam oleh pihak keluarga itu sendiri telah dimuatnaik dan menjadi tular di laman sosial dimana tindakan terpuji mereka ini mendapat pujian netizen.

Selain mereka berdua, akak JPJ kita yang fasih berbahasa Mandarin yang menjadi tular baru-baru ini juga mendapat Anugerah Penghargaan Perkhidmatan pagi tadi dari Ketua Pengarah JPJ.

Video Nur Syafiqah binti Azaman, Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 dari JPJ Negeri Perlis yang membantu pelajar asing dari China yang tidak faham langsung Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia telah tular di laman Facebook.

Di dalam video itu memaparkan tindakan Nur Syafiqah telah memudahkan urusan pelajar berkenaan, kerana kepetahannya berbahasa Mandarin telah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon mereka.

 

Video yang dimutnaik oleh seorang pegawai dan kemudian dimuatnaik oleh pihak kami itu telah menerima tontonan sebanyak 4.2 juta kali, disukai 114 ribu orang dan dikongsi 47 ribu kali oleh netizen.

Kerana kelebihan beliau itu berkhidmat untuk pelanggan, dia turut menerima pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga-tiga mereka menerima penghargaan tersebut hari ini ketika Majlis Perhimpunan Setia Bulan September Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya. 

Sumber: SK



Sumber Abang JPJ bantu kanak-kanak sawan ke hospital dan awek JPJ fasih Mandarin terima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkxnWU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.