Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ada sebab babak cium dibuat, ini jarak sebenar Janna dan Fattah”- Jurukamera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ada sebab babak cium dibuat, ini jarak sebenar Janna dan Fattah”- Jurukamera

Adegan ciuman antara Janna Nick dan Fattah Amin yang menjadi kontroversi dalam adegan drama Coffee Prince masih menjadi pertikaian netizen.

Seorang jurukamera, Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung.

“Gambar yang menjadi kontroversi… ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah),” tulisnya.

Dia menjelaskan tentang foto bercium yang dimuat naik oleh pelakon Fara Mandoza dalam drama adaptasi Korea Coffee Prince yang tersebar di media sosial telah mengundang perbalahan dalam kalangan peminat.

Dalam pada itu, menurut Juo Azri, babak itu dibuat dalam pelbagai versi yang mana akan dipilih sendiri oleh pihak Astro.

“Kita ada dua versi, nanti Astro akan tentukan mana yang mereka akan pakai, kita tahu batas budaya kita, cuma tak faham kenapa ada orang sebarkan benda yang belum tentu kita siarkan.

“Kami di sini hanya buat apa yang perlu, sebenarnya foto ini tidak boleh dikeluarkan kerana masih lagi rancangan yang belum tentu ditayangkan,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan netizen, Joe Azri berkata, dia jamin adegan sebenar tidak menunjukkan aksi ciuman, sebaliknya dialog yang bakal diutarakan.

“Saya tak tipu sebenarnya scene sangat kelakar sebab kita bukan highlights cium, tapi dialog antara Raykal dan Dani yang sangat mencuit hati. Dah siap nanti korang tengok hasil sebenarnya, korang tak akan fokus pon cium tu tapi dialog yang kelakar tu yang jadi perhatian. InshAllah, tiada yang buruk yang kami buat untuk korang,” ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh  Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Sumber: Mstar



Sumber “Ada sebab babak cium dibuat, ini jarak sebenar Janna dan Fattah”- Jurukamera

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hrnTiN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.