ADAKAH KITA MEMERLUKAN SEKOLAH TAHFIZ?
Mesyuarat Task Force kerajaan Pusat bagi mengkaji masalah sekolah-sekolah Tahfiz di seluruh negara minggu ini harus memikirkan adakah kita memerlukan sekolah tahfiz yang begitu banyak di negara ini atau perlu dibataskan pertumbuhannya.
Keliaran perkembangan akan semakin sukar untuk di kawal bukan sahaja dari segi keselamatan hakiki tetapi juga kepada keselamatan masa depan negara dari segi ekonomi Melayu dan Islam dan akan menggugat matlamat untuk melahirkan orang Islam yang dinamik dan progresif sebaliknya akan membangunkan masyarakat yang inward looking ,mudah terpengaruh dengan fatwa kafir mengkafir dan lain-lain ketaksuban agama
Saya tahu bahawa mereka yang akan membantah keras sebarang langkah kerajaan pusat untuk mengambil alih pentadbiran sekolah ini ialah sebuah parti pembangkang yang menganggapnya sebagai pusat perkadiran mereka.
Demi kerana bangsa, agama dan negara jangan dipedulikan bantahan ini tetapi syor Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid supaya pentadbiran sekolah ini diletakkan dibawah kerajaan pusat mestilah diberikan perhatian yang serius dan berat. Selesaikan masalah ini sekali dan buat selamanya.
Syabas Timbalan Perdana Menteri telah menunjukkan ketenangan dan kewibawaan kepimpinan dalam berhadapan dan mengendalikan kes ini. Teruskan dengan tegas dan berani.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6lT6l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment