Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Perniagaan Parah Ditembak 7 Das Dari Jarak Dekat Oleh 5 Suspek Lelaki.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Perniagaan Parah Ditembak 7 Das Dari Jarak Dekat Oleh 5 Suspek Lelaki..



KUANTAN: Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh das, dipercayai dilepaskan lima suspek lelaki di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira jam 10 malam tadi.

Menurut laporan dari Berita Harian, mangsa lelaki berusia 55 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub apabila diserang kumpulan lima lelaki, yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata, mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan dan diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira.


"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik saja keadaan mengizinkan.

"Kita turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu kami melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk mendapatkan kesan cap jari pada kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.


Difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Sungai Koyan oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Azry berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.-Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xIhTwJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.