Ahli politik dipenjara 4 tahun bersalah terima rasuah dalam projek kerajaan membeli al-Quran
Jakarta: Seorang ahli politik dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah berkaitan projek kerajaan untuk membeli al-Quran pada 2012.
Ahli politik dipenjara 4 tahun bersalah terima rasuah dalam projek kerajaan membeli al-Quran
Mahkamah Rasuah kelmarin turut mengarahkan Fahd El Fouz daripada Parti Golkar membayar denda berjumlah Rp200 juta (RM14,858).
Fahd didapati bersalah menerima Rp14.3 bilion (RM1.1 juta) daripada pengarah PT Sinergi Pustaka Indonesia, Abdul Kadir Alaydrus, syarikat yang dilantik kerajaan bagi membekalkan al-Quran.
Dia bersama seorang lagi bekas ahli politik Golkar, Zulkarnaen Djabar mempengaruhi kementerian untuk memilih syarikat itu menjadi pembekal.
“Kami mendapati Fahd El Fouz bersalah kerana menerima rasuah,” kata ketua hakim, Hariono yang dipetik Kompas.com.
Mahkamah dilaporkan turut mempertimbangkan tindakan Fahd yang menyerahkan semua wang rasuah yang diterimanya kepada kerajaan.
Sumber: Metro
Sumber Ahli politik dipenjara 4 tahun bersalah terima rasuah dalam projek kerajaan membeli al-Quran
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hFhR1B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment