Hi! Welcome Back and Stay Tune! Babak Air Mata Di Hari Persandingan “Akak Tarik Ayah, Akak Peluk Ayah” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Babak Air Mata Di Hari Persandingan “Akak Tarik Ayah, Akak Peluk Ayah”

Perasaan untuk memulakan hidup baru dan meninggalkan ibu dan ayah sudah pasti sedih yang tidak ternilai. Masa ini pengorbanan ayah dan ibu terlihat sangat bernilai.

Jika dahulu ibu ayah yang akan menjaga dan tempat kita mengadu kini suami lah segala-galanya. Mungkin bukan sedih akan kehilangan mereka tapi sedih jika tidak mampu memberi tumpuan lebih kepada mereka.

Ikuti perkongsian perasaan dari I’am Hidayah saat ayahnya menyerahkan dia kepada suaminya. Perasaan sebak itu juga turut dirasai oleh rakan Facebook ketika membaca perkongsiannya.

 

Selama 24 tahun, akak tak penah peluk ayah seerat ini. Dulu masa kecil aje selalu peluk. Tapi itu pon akak dah tak ingat. Akak cuba haapykan diri. Ingat tak kan ada babak air mata masa hari persandingan akak. Tapi masa ayah sambut menantu. Akak tengok ayah dari jauh, ayah keseorangan nampak sangat raut wajah ayah sedih. Akak kuatkan hati sebab tetamu ramai. Sampai aje depan ayah, akak salam ayah dan ayah dah start menangis. Lagi-lagi bila ayah cakap ayah dah serahkan amanah ayah pada suami, berjurai air mata ini keluar. Akak tarik ayah, akak peluk ayah. Masa ini akak dah tak fikir fasal makeup, pasal tetamu.  Akak Cuma nak peluk ayah aje masa ini. Tetamu, saudara mara, semua nangis sama. Sampai ke pelamin akak menangis. Orang ramai suruh bersabar, suruh tarik nafas sampai ke pelamin. Barulah akak lega sebab ayah dah tak ada dekat depan mata akak. Ayah sibuk layan tetamu biarpun akak tahu hati ayah tengah sedih.

Ayah, biarpun mak dah tak ada. Akak akan jaga ayah baik-baik, akak nak jadi orang pertama yang ada dengan ayah saat ayah memerlukan akak. Sama macam mak, akak ada dengan mak saat terakhir mak pergi tinggalkan kita semua. Semoga ayah kuat untuk anak-anak ayah. Kami adik-beradik tak akan biarkan ayah keseorangan. Ayah dan mak permata hati kami. Tak ada yang mampu menggantikan. Akak sayang ayah.

(Nak taip pon sampai menangis dibuatnya, hurmmm)

 

sumber: Siakapkeli



Sumber Babak Air Mata Di Hari Persandingan “Akak Tarik Ayah, Akak Peluk Ayah”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fiTbrg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.