Bapa tuntut ganti rugi, mulut anak terkoyak sampai terpaksa terima 7 jahitan akibat kerosakan papan tanda taman permainan
AMPANG JAYA 4 Sept. – Seorang bapa menuntut ganti rugi daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ekoran kegagalan memastikan peralatan di Taman Permainan Taman Bukit Teratai di sini selamat hingga mengakibatkan kecederaan pada anaknya.
Bapa tuntut ganti rugi, mulut anak terkoyak sampai terpaksa terima 7 jahitan akibat kerosakan papan tanda taman permainan
Bapa mangsa, Muhammad Khairul Amal Yusof, 47, berkata, kecederaan pada mulut anak lelakinya koyak hingga menerima tujuh jahitan akibat tersangkut besi pada tiang papan tanda uzur itu.
Katanya, kejadian lebih sebulan lalu itu berlaku ketika anaknya sedang bermain bola sepak lantas tersangkut kerana tidak sedar kewujudan besi melintang yang berbahaya itu akan menghalangnya.
“Kerosakan pada papan tanda taman permainan itu disedari penduduk sejak tiga bulan lalu dan ia terus terbiar tidak diselenggara MPAJ baik mengganti mahupun menanggalkan sepenuhnya tiang berisiko itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Bapa tuntut ganti rugi, mulut anak terkoyak sampai terpaksa terima 7 jahitan akibat kerosakan papan tanda taman permainan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eEqRmu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment