Hi! Welcome Back and Stay Tune! BERSATU PERAK TERKEJUT DENGAN TINDAKAN HAMIDAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BERSATU PERAK TERKEJUT DENGAN TINDAKAN HAMIDAH

IPOH – Bersatu Perak terkejut dan sedih dengan pengunduran Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman yang disifatkan antara individu penting dalam penubuhan Bersatu di negeri ini.

Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu mengakui Hamidah adalah pelopor kepada Bersatu Perak pada awal kemunculannya dengan menubuhkan bahagian-bahagian di Perak.

Bagaimanapun katanya, keputusan mengejut yang dilakukan Hamidah itu sudah pasti difikirkan masak-masak memandangkan beliau ahli politik berpengalaman dan mengambil keputusan tanpa paksaan atau desakan mana-mana pihak.

“Kita percaya matlamatnya selepas keluar parti masih kekal sama iaitu menentang BN walaupun menerusi wadah yang baharu.

“Ahli-ahli Bersatu bahagian Gopeng juga positif  memberikan kerjasama dan sokongan untuk meneruskan perjuangan Bersatu Perak mencipta kejayaan pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur perkauman Perdana Menteri di Balai Polis Sungai Senam  hari ini.

Tambahnya, ketiadaan Hamidah tidak menjejaskan sebarang perancangan atau program yang sedang dan akan dilaksanakan Bersatu Perak kerana beliau lebih banyak berada di pusat sebelum ini.

Ahmad Faizal turut mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak menyerang peribadi beliau yang mana sebelum ini ada kenyataan berbaur perkauman dari adiknya.

– http://ift.tt/1bq4zcn

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yiXFq7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.